Ikuti Kami:

“Saya Tak Kisah Populariti” – Park Haesoo Ulas Mengenai Lakonannya Dalam ‘Squid Game’ & ‘Narco-Saints’

“Saya Tak Kisah Populariti” – Park Haesoo Ulas Mengenai Lakonannya Dalam ‘Squid Game’ & ‘Narco-Saints’

Baru-baru ini Park Hae-soo tampil mengadakan sesi penggambaran bersama majalah Cosmopolitan untuk edisi Oktober.

Menerusi sesi temu bual Park Hae-soo bersama majalah terkenal tersebut, pelakon itu sempat berkongsi mengenai pengalamannya dalam beberapa projeknya yang memberi kesan hebat.

Melihat kepada kejayaan drama lakonannya seperti, “Squid Game”, “Narco-Saints” dan pandangannya untuk kerjaya lakonannya di masa hadapan. park haesooPark Hae-soo melihat semula terhadap kejayaan siri Netflix “Squid Game” dan berkata,

Ianya sangat hebat bila peminat dari luar negara mengenali kami. Kami rasa sangat dialu-alukan di mana-mana sahaja. Saya tidak akan pernah lupa pengalaman kami semua menjelajah keseluruh dunia selama setahun. Saya berasa bangga dapat bantu mempromosikan Korea secara menyeluruh.

Apabila ditanya mengenai peranannya sebagai Choi Chang-ho dalam “Narco-Saints”, dia berkata,

Drama ini sama seperti tteokbokki. Ada campuran rasa pedas, masin, manis dan macam-macam lagi. Saya memegang dua watak dalam drama ini yang mana watak Choi Chang-ho menyamar sebagai Goo Sang-man. Jadi, saya cuba sedaya upaya saya untuk membawa kelainan dalam kedua-dua watak tersebut. 

park haesooMelihat kepada kejayaannya dan dia juga kini kian dikenali ramai, dia mula berkata,

Saya sangat suka dengan perhatian dan sokongan yang saya terima daripada peminat dan ianya patut diraikan. Namun, saya tak mahu terus terbawa dengan populariti sekarang. Saya mahu ikut haluan saya sendiri. 

Sukar untuk saya percaya, bagi seseorang yang pernah membuat persembahan hanya dengan satu sahaja penonton, kini menerima perhatian daripada peminat dari serata dunia. 

Baguslah… tahniah Park Hae-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...