Ikuti Kami:

Bakal Tayang September Ini, Netflix Kongsi Poster Drama Bersiri ‘Narco-Saints’

Bakal Tayang September Ini, Netflix Kongsi Poster Drama Bersiri ‘Narco-Saints’

Pelbagai filem dan drama menarik bakal menemui penonton bermula September ini melalui siaran Netflix! Paling menarik sekali apabila drama bersiri “Narco-Saints” juga tersenarai!

Untuk korang yang belum tahu, drama bersiri “Narco-Saints” mengisahkan mengenai seorang ‘raja’ dadah yang beroperasi di Amerika Syarikat namun, aktivitinya mula menjadi tumpuan Perkhidmatan Perisikan Negara.

Pihak Perkhidmatan Perisikan Negara pula telah meminta bantuan seorang usahawan biasa untuk meletakkan sasaran jualannya di Suriname, namun dia turut terjebak ke dalam dunia jenayah dadah.

Barisan pelakon untuk drama bersiri ini juga pastinya yang amat dikenali oleh peminat K-drama atau K-filem. Pelakon yang pernah menerajui drama siri “Squid Game” iaitu Park Hae-soo antara yang bakal menjadi teraju utama untuk filem jenayah ini.

Bukan Park Hae-soo sahaja, pelakon hebat yang lain juga turut terlibat iaitu, Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Jo Woo-jin dan Yoo Yeon-seok.netflixTurut dikhabarkan “Narco-Saints” bakal mempunyai enam episod dan setiap episod akan mempunyai anggaran masa tayangan selama 50 minit.

Wah, semua line up best ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...