Ikuti Kami:

“Saya Tak Kacak..” – Lebih Selesa Hidup Bujang, Sung Hoon Dedah Sebab Takut Untuk Berkahwin

“Saya Tak Kacak..” – Lebih Selesa Hidup Bujang, Sung Hoon Dedah Sebab Takut Untuk Berkahwin

Sung Hoon telah mendedahkan sebab mengapa dia takut untuk berkahwin.

Baru-baru ini, Sung Hoon telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan “Dolsing Fourmen”. Di mana, dia telah menjelaskan sebab mengapa dia memilih untuk hidup bujang.

Ketika ditanya mengenai bila dia ingin berkahwin, pelakon tersebut membalas,

Saya rasa saya akan berkahwin bila masanya sudah tiba. Tapi, sejujurnya masih ada banyak perkara yang ingin saya lakukan daripada berkahwin dan saya dah selesa hidup bujang.

dolsing-fourmen

Tambahnya,

Saya juga sebenarnya takut untuk kahwin. Ianya kerana rakan-rakan saya yang sudah berkahwin kebanyakannya berakhir dengan penceraian.

Sambungnya,

Kawan-kawan saya yang bercerai juga semuanya kaya serta memiliki wajah yang kacak. Jadi bayangkan kalau saya yang berkahwin? Saya tak pernah rasa yang diri saya ni kacak.

Semoga Sung Hoon jumpa jodoh yang elok-elok dan hubungan berkekalan sehingga tua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...