Ikuti Kami:

“Saya Tak Debut Sebagai Penyanyi” – Honey J Cabar Diri Hasil Lagu Sendiri

“Saya Tak Debut Sebagai Penyanyi” – Honey J Cabar Diri Hasil Lagu Sendiri

Penyanyi Honey J kini mengorak langkah lebih besar apabila dia kini mencabar dirinya untuk menghasilkan lagu sendiri.

Lagu terbaru Honey J yang baru sahaja dilancarkan pada 28 Ogos, semalam, iaitu “Honey Drop” yang menampilkan penyanyi Lil Cherry.

Honey J turut terlibat secara menyeluruh dalam penghasilan lagu ini sebagai penerbit dan penyanyi sekaligus dan menghasilkan lagu yang unik dengan caranya tersendiri. Dalam satu sesi temu bual baru-baru ini menerusi akaun Youtube agensinya, More Vision, dia berkata,

Saya ingin menghasilkan muzik yang boleh mengekspresikan tarian Honey J dengan baik. 

Muzik terbaru “Honey Drop” itu meraih perhatian penonton dengan konsep yang “Hot & Spicy”, malah turut berjaya memenangi hati mereka kerana Honey J memberikan kualiti yang lebih baik daripada sebelum ini. honey jSebelum ini, Honey J pernah berkongsi mengenai pelbagai pelan aktivitinya selepas debut secara solo. Melihat kepada itu, Honey J berkata,

Saya tidak membuat debut sebagai penyanyi. Saya cuma tidak mahu menghadkan diri saya sebagai penari sahaja tapi saya ingin mengambil langkah besar sebagai penghibur yang ‘versatile’

Baguslah berani cabar diri!

Korang dah dengar ke lagu baru Honey J?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...