“Masih Dalam Perbincangan” – Honey J Dilapor Bakal Debut Sebagai Penyanyi
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Wah, dengar cerita Honey J bakal debut sebagai penyanyi pula selepas ini! Berita best ini kan!
Artikel Berkaitan
Nak kata bertukar angin pun tak juga, namun apabila Honey J dikatakan mahu debut sebagai penyanyi, ia lebih dilihat kepada dia ingin mencuba sesuatu yang baru.
Menurut sumber baru-baru ini, Honey J bakal melancarkan lagu terbaru pada pertengahan Ogos ini, sekaligus mengesahkan debutnya sebagai penyanyi. Honey J sememangnya dikenali dek kerana bakat tarian dan koreografinya yang luar biasa dalam industri K-Pop.
Perkara ini sememangnya mengujakan peminat, namun masih ada dalam kalangan peminat yang mempersoalkan kemampuan Honey J dalam bidang nyanyian.
Lah, korang ni… kalau dia tak boleh menyanyi, takkan dia nak debut kan? Berikan sokongan buat Honey J okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




