Ikuti Kami:

Honey J Sah Sertai Syarikat Naungan Jay Park MORE VISION

Honey J Sah Sertai Syarikat Naungan Jay Park MORE VISION

Peminat industri K-Pop pasti amat mengenali dengan penari, koreografer juga peserta rancangan “Street Woman Fighter” dari Korea Selatan, Honey J.  Dia juga merupakan ketua kru tarian HolyBang dan kumpulan tersebut telah menjadi pemenang “Street Woman Fighter”. Terbaru, Honey J sedang bekerjasama dengan agensi penyanyi di bawah naungan Jay Park, MORE VISION.

MORE VISION ialah sebuah syarikat hiburan yang baru dilancarkan oleh Jay Park pada bulan Mac, dan ditubuhkan dengan konsep, “Ia lebih bermakna untuk berseronok dan rasai keseronokkan bersama”.

honey j

Agensi MORE VISION telah mengumumkan pengambilan Honey J dalamm syarikat mereka dengan mengeluarkan satu filem visual dan imej yang bertajuk “Look” melalui saluran YouTube rasmi dan akaun sosial media rasmi mereka pada 9 Mei.

Video yang dilancarkan itu dimulakan dengan bunyi yang membawa kepada suasana misteri,sekaligus berjaya menjadikan ianya satu tumpuan. Bunyi nada berani dan bunyi letupan yang memberi kesan buat degupan jantung menyerlahkan lagi daya tarikan hebat Honey J.

honey j

Honey J, menyerlah dengan sempurna dalam peralihan skrin pantas dan pengarahan yang berkonsep sensual, yang mana ia dilakukan dengan caranya sendiri tanpa teragak-agak, malah telah memberikan rasa mengasyikkan seperti dalam filem.

Jangkaan terhadap kualiti persembahan dan semangat Honey J kian meningkat sebagai seorang penghibur melebihi daripada seorang penari dalam naungan MORE VISION. Buat para peminat kumpulan HolyBang semestinya amat menantikan pelancaran penuh filem visual “Look” yang akan datang. Jadi, terus nantikan informasi seterusnya dari MORE VISION okay!

Korang dah tengok ke video teaser Honey J? Tengok sekarang tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...