Bukan Yoo Jae-suk lah kalau tak kacau Lee Kwang-soo.
Dalam episod terbaru “Whenever There’s Chance”, Ahn Bo-hyun telah hadir sebagai tetamu. Yoo Jae-suk terus mengungkapkan rasa cemburu kerana melihat ketinggian lelaki itu dan Yoo Yeon-seok,
Cemburunya, ia merupakan impian saya. Saya di ketinggian 178cm.
Balas Yoo Yeon-seok,
Lee Kwang-soo pun tinggi.
Geleng hos tersebut,
Yang tu saya tak cemburu. Dia sahaja satu-satunya orang yang saya tak cemburu sebab ketinggiannya. Kalau tinggi seperti Lee Kwang-soo, saya lebih rela jadi diri sendiri sahaja.
Ada-ada je Yoo Jae-suk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.