Ikuti Kami:

Dikritik Kerap Pilih Yoo Jaesuk Sebagai Hos, Ini Respon Bekas Pengarah ‘Running Man’

Dikritik Kerap Pilih Yoo Jaesuk Sebagai Hos, Ini Respon Bekas Pengarah ‘Running Man’

Perasan tak yang hampir kesemua bekas pengarah “Running Man”, mesti akan memilih Yoo Jae-suk sebagai hos untuk program baru mereka.

Malah Choi Bo-pil juga dilihat mengambil pengacara No 1 Korea itu untuk program terbarunya, “Whenever There’s Chance” di SBS. Ditanya sebab kekal memilih Yoo Jae-suk, jawab pengarah itu,

Saya bukanlah orang yang membuat program baru hanya berdasarkan persahabatan. Walaupun tak berlaku, cadangan kali ini terjadi selepas banyak kali percubaan. Kali ini, saya merasakan daya tarikan, dan kru produksi juga berpendapat bahawa Yoo Jae-suk adalah orang yang sesuai. Kami saling memahami kelebihan dan kelemahan masing-masing semasa membuat ‘Running Man’, jadi saya rasa dia lebih mempercayai saya.

choi bopil

Apabila ditanya jika konsep program ini ada persamaan dengan “Pinggyego” yang dihoskan oleh Yoo Jae-suk, nafi Choi Bo-pil,

‘Pinggyego’ adalah program di mana selebriti berbicara tentang topik peribadi mereka, bukan? Meskipun kami juga memiliki aspek tersebut, tapi keserasian bersama warga setempat adalah lebih penting. Kalau misi berjaya, kami sama-sama gembira tapi kalau gagal, kami bersedih sehingga menangis.

Tak semestinya sama pengarah dan hos, bermakna ia program yang sama kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...