Ikuti Kami:

“Saya Tak Boleh..” – Roh Yoonseo Enggan ‘Follow’ Akaun Instagram Haha, Tapi Kenapa?

“Saya Tak Boleh..” – Roh Yoonseo Enggan ‘Follow’ Akaun Instagram Haha, Tapi Kenapa?

Roh Yoon-seo memang tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon yang sedang menjadi bualan ramai kini.

Selepas menemui penonton menerusi “Crash Course in Romance”, pelakon Roh Yoon-seo telah tampil dalam episod terbaru “Running Man” sebagai tetamu, bersama Joo Woo-jae.

Dalam siaran 12 Mac program “Running Man”, semua ahli mengambil peluang untuk berborak dengan pelakon yang sedang meningkat naik kini iaitu Roh Yoon-seo dan Haha ada berkata,

Saya harap kita boleh lebih rapat antara satu sama lain. Adakah awak keberatan jika kita mengikuti satu sama lain di Instagram?

Sebagai respon, Roh Yoon-seo menjawab,

Saya tidak boleh mengikuti Instagram sesiapa yang bukan dari syarikat saya.

roh yoonseo haha

Terkejut dengan jawapan yang diberikan pelakon “Our Blues” itu, Haha kembali berkata,

Saya satu-satunya orang di sini yang membuat permintaan untuk mengikuti awak tetapi awak mengatakan bahawa awak tidak boleh mengikuti saya..

Roh Yoon-seo jawab sambil tersenyum,

Saya hanya menonton hantaran orang lain di profil mereka.

Oh patut lah Roh Yoon-seo follow akaun Instagram syarikat dia je!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...