Ikuti Kami:

Selalu Pakai Baju Sekolah, Ramai Terkejut Lihat Transformasi Seksi Roh Yoonseo Dalam Foto Baru

Selalu Pakai Baju Sekolah, Ramai Terkejut Lihat Transformasi Seksi Roh Yoonseo Dalam Foto Baru

Baru sahaja debut pada 2022 yang lalu, pelakon Roh Yoon-seo nampaknya semakin dikenali ramai kini.

Terbaru, pelakon “Crash Course in Romance” itu telah terlibat dengan penggambaran bersama majalah Marie Claire, mengejutkan ramai orang dengan transformasinya yang matang berbanding imejnya dalam drama sebelum ini.

Khususnya, Roh Yoon-seo dilihat menggayakan barang kemas jenama mewah Cartier, berserta pelbagai busana yang menyerlahkan lagi keseksiannya.

Selain itu, memandangkan penonton kebiasaannya sering melihat pelakon kelahiran 2000 itu mengenakan pakaian sekolah seperti dalam “Our Blues” dan “20th Century Girl”, penampilannya untuk majalah berkenaan telah menerima pelbagai reaksi.

roh yoonseo

Antara komen yang ditulis,

Selalu nampak dia pakai baju sekolah jadi ini sangat berbeza..tapi dia kelihatan begitu cantik.

 

Cantiknya. Aura dia terlalu kuat.

 

Wah Nam Hae-yi sangat menawan!

Cantik sangat Roh Yoon-seo, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...