Ikuti Kami:

“Saya Tak Boleh..”- Kim Bum Dedah Sebab Jarang Berlakon K-Drama Genre Romantik

“Saya Tak Boleh..”- Kim Bum Dedah Sebab Jarang Berlakon K-Drama Genre Romantik

Mesti ramai yang tengah tonton Kim Bum dalam drama “Tale of the Nine Tailed 1938” sekarang kan?

Baru-baru ini, Kim Bum telah tampil sebagai tetamu dalam program “The K-Star Next Door”, di mana dia telah dinamakan sebagai tiga pelakon teratas yang tidak akan pernah muncul dalam drama komedi romantik.

Khususnya dalam siaran itu, pelakon lelaki itu menjelaskan sebab dia jarang menerima tawaran untuk membintangi naskhah romantik. Jelasnya,

Jika saya rasa janggal atau tidak boleh membayangkannya dalam kepala saya, saya tidak boleh melakukannya.

Tambah Kim Bum yang membintangi drama fantasi seperti “Ghost Doctor” dan “Tale of the Nine Tailed 1938”,

Sebaliknya, genre fantasi lebih mudah digambarkan dalam kepala saya. Jadi, semasa saya memilih kerja, saya lebih suka genre lain.

Bagaimanapun, Kim Bum mengaku bahawa dia akan terbuka kepada watak romantik jika ia terlalu hebat untuk dilepaskan,

Saya masih menunggu melodrama yang bagus.

Kami akan setia menunggu Kim Bum berlakon drama romantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...