Ikuti Kami:

Atasi Musim 1, Episod Pertama ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’ Capai Rating Tinggi

Atasi Musim 1, Episod Pertama ‘Tale Of The Nine Tailed 1938’ Capai Rating Tinggi

Setelah lama menanti, sambungan untuk “Tale of the Nine Tailed” akhirnya telah menemui penonton.

Bagi yang belum tahu, kesinambungan untuk siri ini iaitu “Tale Of The Nine Tailed 1938” akan memfokuskan tentang kisah Lee Yeon, seorang rubah berekor sembilan yang mendarat semula di era kekalutan pada tahun 1938. Berdasarkan dunia pelbagai Tuhan dan hantu, ianya dijangka akan membawa aksi lebih dinamik dan karakter berwarna yang berlainan keseronokan daripada musim pertama.

Pada 6 Mei, tayangan perdana drama itu telah ditayangkan dan ia berjaya memecahkan rekod rating peribadi dari Musim 1, membuktikan bahawa ramai yang menantikan sekuel siri ini.

tvn tale of the nine tailed 1938

Menurut Nielsen Korea, episod pertama “Tale Of The Nine Tailed 1938” telah mencapai rating 6.5% di seluruh negara, mengatasi musim sebelum ini iaitu 5.8%.

Sementara itu, “Tale Of The Nine Tailed 1938” diterajui oleh pelakon seperti Lee Dong-wook, Kim Bum, Kim So-yeon dan Ryu Kyung-soo.

Haa korang dah mula tonton belum?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...