Ikuti Kami:

“Saya Tak Berpuas Hati Dengan Wajah Sendiri” – Han Gain

“Saya Tak Berpuas Hati Dengan Wajah Sendiri” – Han Gain

Siapa tak kenal Han Ga-in? Antara pelakon wanita paling cantik dalam dunia hiburan Korea sejak dahulu lagi.

Pun begitu, sepertinya isteri kepada pelakon Yeon Jung-hoon itu tidak menyukai wajahnya sendiri. Hal ini dikongsikan olehnya menerusi episod terbaru program “Circle House” yang akan ditayangkan nanti.

Dalam episod itu, seorang tetamu telah berkongsi cerita bahawa dia obses terhadap pembedahan plastik dan menghabiskan wang lebih 100 milion won dek menjalani pembedahan sebanyak 30 kali.

han gain

Ujar Han Ga-in,

Saya juga tidak berpuas hati dengan wajah sendiri. Buat sahaja (pembedahan) kalau awak mahu.

Luahan pelakon itu walau bagaimanapun tidak dipersetujui Lee Seung-gi kerana merasakan bahawa ia tidak realisitik

Dalam pada itu, “Circle House” merupakan program di mana Lee Seung-gi, Han Ga-in, No Hong-chul, Lee Jung dan Dr. Oh Eun-young duduk berbincang dan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi anak muda kini.

Serius lah Han Ga-in?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...