Ikuti Kami:

Han Gain Kongsi Tekanan Dituduh Mandul & Sebab Miliki Anak Selepas 11 Tahun Berkahwin

Han Gain Kongsi Tekanan Dituduh Mandul & Sebab Miliki Anak Selepas 11 Tahun Berkahwin

Boleh dikatakan Han Ga-in jarang menceritakan mengenai kisah peribadinya di khalayak umum, betul tak?

Terbaru, pelakon wanita itu berkongsi lebih mendalam mengenai kehidupannya selepas berkahwin menerusi program “Circle House”.

Merupakan hos rancangan itu, Han Ga-in berasa terpanggil untuk menceritakan mengenai pengalamannya apabila mendengar kemahuan seorang tetamu yang menolak dan tidak mahu bercinta.

han gain yeon junghoon

Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal itu menimbulkan kekecohan apabila berkahwin pada usia 24 tahun bersama pelakon Yeon Jung-hoon selain berkongsi sebab mereka lambat menimang anak,

Saya berkenalan dengan suami pada usia 22 tahun dan berkahwin pada usia 24 tahun. Saya merasakan bahawa saya masih lagi muda. Saya belum lagi membesar, jadi saya tidak mempunyai keyakinan atau keinginan untuk mempunyai dan membesarkan anak. Jadi, saya dan suami bersetuju bahawa kami akan menunggu untuk memiliki anak sendiri dan sebab itulah, kami tidak mempunyai anak selama 11 tahun.

Namun pilihan itu bukan mudah memandangkan pandangan orang lain yang tidak memahaminya,

Selepas berkahwin, apabila saya keluar, pasti aakan ada yang bertanya bila saya mahukan anak. Disebabkan saya tidak memiliki anak, ada khabar angin berterbangan mengatakan yang perkahwinan kami sedang goyah dan saya mandul. Saya memang tidak mencuba untuk mempunyai anak, tapi secara tiba-tiba, kata kunci yang muncul apabila nama saya dicari di atas talian ialah ‘mandul’. Hanya kerana saya berkahwin, tidak bermaksud langkah seterusnya ialah memiliki anak. Khabar angin itu nyata memberi tekanan buat saya.

Kemudiannya Han Ga-in melahirkan seorang anak perempuan pada tahun 2016 ketika berusia 35 tahun dan seorang anak lelaki pada 2019.

han gain yeon junghoon

Dalam pada itu, Han Ga-in juga turut berkongsi sebab dia mahu berkahwin dengan Yeon Jung-hoon secepatnya. Katanya, dia tidak mempunyai seorang figura ayah yang baik di mana dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan lelaki itu. Tidak membenci, namun wanita itu tidak mempunyai sebarang perasaan terhadapnya,

Disebabkan saya membesar dalam keluarga sebegitu, saya sangat gembira apabila menziarahi rumah suami. Ia merupakan keluarga yang menyejukkan hati, seperti yang anda lihat di TV. Stu yang mendidih dan kesemua ahli keluarga makan bersam di meja dan menanyakan hari masing-masing. Antara sebab saya kahwin muda ialah kerana ingin menjadi sebahagian daripada keluarga itu.. Apabila saya melihat suami menjaga anak kami, ia menyembuhkan saya. Kadang-kadang, saya menangis melihatnya. Dia menunjukkan imej seorang ayah yang saya impikan buat anak-anak kami.

Sweet kan mereka? Semoga hubungan ini kekal selamanya~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...