Ikuti Kami:

“Saya Tak Berlatih Sangat..” – Jennie Luah Perasaan Teruja Debut Sebagai Pelakon Dalam ‘The Idol’

“Saya Tak Berlatih Sangat..” – Jennie Luah Perasaan Teruja Debut Sebagai Pelakon Dalam ‘The Idol’

Berbakat dalam tarian dan nyanyian, pasti ramai yang teruja untuk melihat Jennie BLACKPINK debut sebagai pelakon menerusi “The Idol”.

Terbaru, Jennie telah menghadiri ‘Festival Filem Cannes ke-76’ bersama dengan pelakon “The Idol” yang lain seperti Lily-Rose Depp, The Weeknd, Troye Sivan, Dan Levy dan ramai lagi.

Sebelum acara itu bermula, Jennie telah terlibat dengan satu temu bual, di mana idola itu berkongsi perasaan terujanya menghadiri festival tersebut sebagai seorang pelakon.

Ia amat menggembirakan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih. Semua perkara itu pada masa yang sama. Ia adalah langkah pertama dalam kerjaya lakonan saya jadi, saya berbesar hati untuk hadir.

Kemudian, dia turut bercakap tentang Sam Levinson iaitu pengarah untuk siri tersebut,

Ia adalah peluang untuk menjadi diri sendiri dan berani. Saya tidak benar-benar berlatih untuk itu, atau menyediakan apa-apa. Sam hanya mahu saya menjadi diri sendiri.

jennie cannes film festival

Tambah Jennie,

Ia sememangnya satu cabaran, kerana saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu sebelum ini. Ia seperti, memecahkan dinding untuk saya.

Fighting Jennie!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...