Ikuti Kami:

Jennie BLACKPINK Bakal Berkolaborasi Dengan The Weeknd Untuk OST ‘The Idol’

Jennie BLACKPINK Bakal Berkolaborasi Dengan The Weeknd Untuk OST ‘The Idol’

Bukan sahaja akan debut sebagai pelakon malahan, Jennie BLACKPINK akan juga berkolaborasi dengan penyanyi terkenal antarabangsa.

Terbaru pada 10 Mei, majlis pelancaran koleksi kapsul ‘Jennie for Calvin Klein’ telah berlangsung di Seoul dan dihadiri ramai selebriti popular.

Semasa acara itu, Jennie telah memberi sedikit teaser kepada peminat, mengenai lagunya bekerjasama dengan The Weeknd dan juga merupakan runut bunyi drama pertamanya “The Idol”.

Selepas video itu tersebar, peminat rata-rata semakin teruja untuk menantikan keluaran rasmi lagu tersebut dan meluahkan rasa bangga mereka terhadap pencapaian Jennie.

Sementara itu, “The Idol” akan menceritakan tentang dunia industri bintang idola pop bernama Jocelyn (Lily-Rose Depp), diterbitkan bersama The Weeknd dan pengarah Sam Levinson, yang pernah mengarah siri HBO popular “Euphoria”.

Nantikan debut Jennie sebagai pelakon dalam “The Idol” pada 4 Jun ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...