Ikuti Kami:

“Saya Tak Berharap Banyak” – ‘Lalisa’ & ‘Money’ Cipta Pelbagai Rekod Hebat, Ini Komen Lisa BLACKPINK

“Saya Tak Berharap Banyak” – ‘Lalisa’ & ‘Money’ Cipta Pelbagai Rekod Hebat, Ini Komen Lisa BLACKPINK

Siapa yang sampai sekarang masih dengar lagu solo Lisa BLACKPINK “Lalisa” atau “Money”?

Bagi yang belum tahu, meskipun sudah hampir 6 bulan lagu solo Lisa BLACKPINK dikeluarkan, ianya masih kekal mencipta rekod hebat di pelbagai platform muzik. Antaranya, lagu “Money” telah berjaya melepasi 400 juta penstriman di Spotify dalam masa hanya 186 hari, “Lalisa” mencipta rekod baharu untuk muzik video solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam oleh artis K-pop solo dan banyak lagi pencapaian hebat.

Semasa temu bual bersama dengan majalah Elle, Lisa telah mengulas soal populariti muzik solonya yang berpanjangan. Menurut Lisa,

Saya tidak menjangkakan banyak dari segi keputusan. Saya hanya berfikir bahawa saya akan melakukan yang terbaik, kemudian dengan penuh rasa terima kasih menerima apa sahaja respon yang saya terima, tetapi kedua-dua lagu telah menerima cinta sejak sekian lama sekarang. Setakat mana saya masih konsisten menerima ‘bukti’ daripada peminat asing bahawa mereka mendengar ‘Money’ di kelab di negara mereka.

lisa blackpink

Kemudian, Lisa ditanya sama ada dia pernah terkejut ketika menonton dirinya membuat persembahan. Lisa mendedahkan bahawa dia pernah kagum dengan video salah satu persembahannya yang diambil oleh peminat. Dia berkongsi,

Saya pernah menonton video hari di mana saya membuat persembahan di atas pentas di konsert, pada hari yang sama ketika saya tiba selepas penerbangan yang panjang dan saya kelihatan sangat teruja dan melimpah dengan tenaga dalam video itu. Ia adalah saat di mana saya menyedari sekali lagi bahawa saya benar-benar mendapat banyak tenaga daripada peminat saya secara peribadi.

Sampai sekarang masih tak bosan dengar lagu solo Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...