Ikuti Kami:

Kalahkan MV ‘Lalisa’, Video Persembahan Lisa BLACKPINK ‘Money’ Capai 500 Juta Tontonan

Kalahkan MV ‘Lalisa’, Video Persembahan Lisa BLACKPINK ‘Money’ Capai 500 Juta Tontonan

Lisa BLACKPINK sekali lagi mencipta rekod baharu untuk lagu solonya “Money”!

Menurut YG Entertainment pada 16 Mac, video persembahan eksklusif “Money” oleh Lisa telah melepasi 500 juta tontonan di YouTube. Video ini berjaya mencapai setengah bilion tontonan hanya dalam 173 hari sejak ia dikeluarkan. Cipta rekod baharu, ini adalah masa paling singkat yang diambil untuk video persembahan tarian artis K-pop untuk mencapai jumlah tontonan seperti ini.

Apa yang menakjubkan, pencapaian ini amat sukar dicapai dalam masa yang singkat untuk muzik video kumpulan, apatah lagi video persembahan lagu solo. Satu lagi video koreografi yang telah mencapai 500 juta tontonan ialah BLACKPINK “How You Like That”.

Sementara itu, “Money” ialah lagu b-side dalam album solo pertama Lisa “LALISA”. Ia ialah lagu yang menampilkan lirik rap penuh swag dam bunyi hip-hop yang canggih. Lagu tersebut telah mencipta trend pada pelbagai platform sosial media, serta berjaya mengungguli semua carta muzik utama di seluruh dunia.

Tahniah Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...