Ikuti Kami:

BTS & Lisa BLACKPINK Cipta Rekod Hebat Di Carta Lagu Trending Billboard

BTS & Lisa BLACKPINK Cipta Rekod Hebat Di Carta Lagu Trending Billboard

BTS dan Lisa BLACKPINK telah berjaya mencipta rekod hebat di carta Lagu Trending Baru Billboard!

Oktober lalu, Billboard telah melancarkan carta baharu yang menjejaki aliran dan perbualan berkaitan muzik global dalam masa nyata di Twitter. Menurut Billboard, carta Lagu Trending Hangat adalah unik, kerana ia menjejaki lagu yang menjadi bualan ramai dan tidak semestinya lagu yang mereka dengar.

Untuk minggu yang berakhir pada 12 Mac, kedua-dua lagu hit BTS “Butter” dan lagu debut solo Lisa BLACKPINK “LALISA”, telah menghabiskan masa selama 20 minggu berturut-turut di carta Lagu Trending Hangat, menjadikan ia dua lagu pertama yang mencapai kejayaan ini.

“Butter” mengekalkan kedudukannya di No. 1 pada carta minggu ini, menandakan minggu ke-12nya di puncak, selepas mencatatkan 3.9 juta sebutan di Twitter untuk minggu penjejakan dari 25 Februari hingga 3 Mac. Sementara itu, “LALISA” mengekalkan kedudukannya di No. 17 dengan 289,000 sebutan di Twitter pada minggu yang sama.

bts lisa blackpink billboard

Tahniah buat BTS dan Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...