Ikuti Kami:

“Saya Tak Akan Tonton ‘My Name Is Kim Samsoon’ Lagi” – Daniel Henney

“Saya Tak Akan Tonton ‘My Name Is Kim Samsoon’ Lagi” – Daniel Henney

Teruja tak Hyunbin dan Daniel Henney kembali bergabung selepas 17 tahun?

Pernah menjadi ‘rival’ dalam “My Name Is Kim Sam-soon” pada 2005, mereka bertemu semula dalam filem “Confidential Assignment 2: International”.

Dalam sebuah temubual, katanya,

Saya masih lagi berhubung dengan Hyunbin selepas 17 tahun sejak drama itu. Dia merupakan pelakon dan seorang yang baik.

hyunbin daniel henney

Apabila ditanya projek apa yang mahu disertainya bersama Hyunbin sekiranya diberi peluang,

Saya berharap kami akan berjumpa dengan cara yang lain, bukannya membunuh atau berlawan antara satu sama lain. Saya sangat sukakannya, jadi saya mahu buat apa sahaja dengannya. Saya sering memujuk Hyunbin untuk datang ke US, tapi tak pasti sekiranya ia akan berlaku.

Akui Daniel, dia banyak berubah dari sudut lakonan sejak 17 tahun yang lalu,

Saya masih orang yang sama tapi saya semakin tua dan saya boleh bercakap Korea dengan lebih baik.

daniel henney

Tambahnya,

Saya berasa akan melarikan diri dengan laju jika melihat lakonan dalam ‘My Name Is Kim Sam-soon’ semula. Dulu, kalau saya minum soju hingga 4-5 pagi pun, saya masih boleh menyertai penggambaran pada keesokan harinya. Tapi sekarang, saya tak akan boleh ke set penngambaran. Jadi, saya akan berhenti dan cakap mahu tidur selepas segelas dua.

Rasanya semua kenal Daniel Henney sebab “My Name Is Kim Sam-soon” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...