Ikuti Kami:

Dari ‘My Lovely Samsoon’ 17 Tahun Lalu, Hyunbin & Daniel Henney Bertemu Semula Dalam ‘Confidential Assignment 2’

Dari ‘My Lovely Samsoon’ 17 Tahun Lalu, Hyunbin & Daniel Henney Bertemu Semula Dalam ‘Confidential Assignment 2’

Penonton ‘OG’ atau ‘original’ K-Drama semestinya biasa menonton drama dari tahun 2010 ke bawah.

Antara naskhah yang menjadi ikutan semua pada ketika dahulu ialah “My Lovely Kim Samsoon” yang diterajui oleh Kim Sun-ah, Hyunbin, Daniel Henney serta Jung Ryeo-won dan ramai lagi.

Siapa sangka selepas 18 tahun, mereka bakal menyaksikan semula gandingan Hyunbin dan Daniel Henney. Terbaru, kedua mereka muncul sebagai teraju utama di dalam filem “Confidential Assignment 2”.

my lovely kim samsoon

Dalam sidang media rasmi, teraju utamanya iaitu Hyunbin, Yoo Hae-jin, Yoon-ah dan Jin Suk-kyu telah bercerita lebih mengenai filem sambungan itu. Kini berada di luar negara, Daniel Henney turut sempat menyertai acara berkenaan.

Ulas lelaki itu mengenai pertemuan semula bersama Hyunbin,

Kami berjumpa semula selepas 17 tahun. Saya merasakan kami dapat berjumpa dalam projek yang sama semula kerana kami bekerja keras dalam kerja kami masing-masing. Sangat seronok berjumpanya semula di set. Saya sangat menantikan untuk bekerja dengannya dan ia merupakan pengalaman yang baik.

daniel henney hyunbin

Apabila ditanya mengenai momen gembira semasa penggambaran filem ini,

Terdapat babak kelab malam di dalam filem ini dan selepas penggambaran, saya bercakap banyak mengenai masa lalu semasa minum bir di hotel bersama Hyunbin. Secara peribadi, ia merupakan pengalaman yang bahagia buat saya.

Handsomenya dorang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...