Ikuti Kami:

“Saya Jadi Youtuber Cantik Sekarang!” – Yoona Ulas Watak Dalam ‘Confidential Assignment 2’

“Saya Jadi Youtuber Cantik Sekarang!” – Yoona Ulas Watak Dalam ‘Confidential Assignment 2’

Yoona mula menunjukkan kualiti lakonan yang memberangsangkan apabila tampil sebagai teraju utama dalam “Big Mouth”. Terbaru, dia juga bakal tampil dalam sekuel “Confidential Assignment” di samping beberapa pelakon hebat.

Di artikel sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai sekuel “Confidential Assignment 2: International” yang diarahkan oleh pengarah Lee Seok-hoon. Watak Yoona dalam sekuel “Confidential Assignment” dilihat sebagai satu usaha hebat selepas “Big Mouth” kerana pembawakan watak kali ini juga tampak berbeza dan unik.yoonaPada satu sidang media filem “Confidential Assignment 2: International” yang diadakan di Yeouido, Seoul, Yoona sempat berkongsi pandangan mengenai wataknya dalam sekuel tersebut. Dia berkata,

Pada episod pertama, saya memainkan watak sebagai seorang adik ipar yang menganggur seperti di sekuel pertama, sekarang saya masih dapat tawaran untuk berlakon pada sekuel kali ini. Namun untuk kali ini, saya jadi seorang Youtuber yang cantik!

Menerusi perkongsian Yoona pada sidang media tersebut, dia berkata bahawa dia memegang watak adik ipar kepada Park Min-young iaitu Kang Jin-tae. Dia menambah,

Jika saya diminati oleh Im Chul-ryung dalam sekuel pertama, kali ini, saya akan ‘memberikan’ hati saya kepada seseorang yang baharu, Jack. Watak Min-young pula, sangat berlainan kerana dia akan jatuh hati kepada sesiapa sahaja yang dia lihat.

yoonaSekuel “Confidential Assignment 2: International” dijadualkan bakal menjengah pawagam pada 7 September ini.

Nantikan lakonan Yoona untuk filem baru ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...