Ikuti Kami:

“Saya Tak Akan Tinggalkan BTS, Sama Sekali Tidak..” – RM

“Saya Tak Akan Tinggalkan BTS, Sama Sekali Tidak..” – RM

Baru-baru ini, RM BTS telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Vogue Spain, di mana idola itu berkongsi tentang kerjaya solonya dan pelbagai lagi.

Pada awal sesi temu bual, RM mengulas mengenai populariti BTS yang luar biasa di seluruh dunia,

Kami mewakili sekumpulan anak muda yang bergerak secara serentak, dengan matlamat yang sama. Tarian, komponen visual, reaksi di rangkaian sosial, suasana santai…Semua ini menyumbang untuk membuatkan orang teruja mengenai kami.

Umum pasti mengetahui bahawa ahli BTS lebih fokus dengan aktiviti solo mereka kini dan ada juga yang sedang memenuhi kewajipan untuk mendaftar di khidmat tentera.

Oleh itu, ada yang meluahkan rasa bimbang mereka dengan membuat spekulasi bahawa kumpulan 7 ahli itu akan dibubarkan. Mengenai ini, RM menjelaskan,

Oh! Saya tidak akan meninggalkan BTS. Sama sekali tidak. Tetapi, saya bercita-cita tinggi dan mempunyai kemahuan untuk melakukan kedua-duanya iaitu kerjaya sebagai kumpulan dan secara solo.

bts rm

Kemudian, ketua kumpulan BTS itu turut meluahkan harapannya untuk melihat kumpulan BTS kekal bersama selamanya,

Banyak kumpulan yang sudah berpecah tetapi saya harap perkara itu tidak akan berlaku kepada BTS. Saya hanya suka muzik, suka kerja saya, suka ahli kumpulan dan sayang diri saya. Jika saya boleh mengekalkan kedua-dua projek, saya fikir ia boleh menjadi sesuatu yang lagenda dalam jangka masa panjang.

ARMY akan sentiasa sokong kerjaya setiap ahli BTS, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...