Ikuti Kami:

“Kami Akan Terus Berjaya”- RM Ulas Masa Depan BTS

“Kami Akan Terus Berjaya”- RM Ulas Masa Depan BTS

Untuk mengekalkan sesuatu kejayaan pasti ada cabaran yang perlu dihadapi.

Terbaru, media dari Sepanyol telah menerbitkan satu temu bual mereka bersama ketua kumpulan terkenal BTS iaitu RM.

Dalam temu bual itu, idola lelaki tersebut mendedahkan pemikirannya tentang masa depan bersama kumpulan BTS.

Selain itu, RM turut akui pernah lalui masa sukar sebagai manusia terutamanya ketika semua ahli sedang berehat dan latihan perkhidmatan kententeraan.

namjoon bts

Kemudian, rapper itu mengaku bahawa ianya sukar untuk kekal di atas, tetapi dia beri pendapat tentang kejayaan BTS.

BTS akan terus berjaya walaupun ianya tidak akan kekal selamanya.

Selepas itu, bintang idola tersebut turut menyatakan bahawa dia akan melancong ke Sepanyol untuk mencari ilham buat album solo keduanya serta melihat karya seni dari pelukis terkenal.

Saya datang ke Sepanyol kerana saya sukakan seninya dan, jika seseorang mengetahui budaya negara saya melalui lagu-lagu saya, ia adalah satu penghormatan yang menggembirakan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RM (@rkive)

Apabila bercerita mengenai masa depan dan perkhidmatan tentera BTS, RM akui,

Selepas 10 tahun menjadi ahli BTS, saya tidak tahu siapa saya dan saya ingin tahu. Saya bermula sebagai penyanyi rap remaja, kemudian BTS datang dan semuanya sangat tegang. Sekarang kumpulan itu tidak aktif jadi, saya kembali memikirkan tentang permulaan dan sebab sebenar mengapa saya menyertai BTS.

Menurut RM, album solonya iaitu “Indigo” adalah hasil daripada pendekatan baharunya, di mana dia cuba untuk keluar dari trend.

Album itu menunjukkan versi diri saya sendiri di mana ianya sedikit berlainan dari imej yang saya cipta di media sosial.

Sementara itu, rapper tersebut berkata dia berbangga dengan pencapaian BTS yang membantu orang di seluruh dunia menemui maksud lagu dan budaya Korea.

Semoga RM terus berjaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...