Ikuti Kami:

“Beri Info Tiket Dia”- Dedah Maklumat Peribadi RM BTS Selama 3 Tahun, Pihak KORAIL Beri Respon

“Beri Info Tiket Dia”- Dedah Maklumat Peribadi RM BTS Selama 3 Tahun, Pihak KORAIL Beri Respon

Alamak, ada orang telah mendedahkan maklumat peribadi RM BTS la!

Terbaru, laporan dari SBS menyatakan bahawa salah seorang dari pekerja KORAIL (Korea Railroad Corporation) telah mendedahkan maklumat peribadi RM tanpa izin.

Menurut laporan itu, pekerja A tersebut telah mendedahkan informasi keretapi yang dinaiki oleh penyanyi itu tanpa kebenaran.

Bukan itu sahaja, pekerja A juga telah mengakses maklumat peribadi RM seperti alamat rumah, nombor dan model telefon bimbit yang didaftarkan oleh RM semasa dia mendaftar untuk keahlian KORAIL, serta maklumat tiketnya tanpa kebenaran. Ianya dikatakan perkara ini telah terjadi selama tiga tahun dari 2019.

RM BTS

Untuk pengetahuan, maklumat peribadi pelanggan hanya tersedia untuk tujuan kerja di jabatan yang dibenarkan sahaja, dan pekerja A mempunyai akses kerana dia adalah pekerja IT yang membangunkan sistem pra-keluaran.

Pekerja A itu memberitahu kepada orang sekeliling dengan berkata,

Saya telah menyemak sejarah tempahan RM. Saya memberi maklumat tiketnya kepada kawan saya supaya mereka boleh membeli tempat duduk berdekatan dengan RM.

Selepas mendapat tahu tentang kejadian ini, pihak KORAIL telah mengadakan audit dan memberi respon,

Kami mengesahkan bahawa pekerja A telah mendedahkan maklumat peribadi RM tanpa kebenaran, tetapi kami tidak dapat mengesahkan lagi bahawa ia telah bocor hingga ke luar.

namjoon bts

Akhirnya, jawatankuasa audit KORAIL telah menggantungkan tempoh pekerjaan pekerja A tersebut. SBS juga melaporkan bahawa pekerja A berkata,

Saya perlu memikirkan semula tentang tindakan saya selepas mendedahkan maklumat peribadi RM.

Macam-macam hal terjadi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...