Ikuti Kami:

“Saya Tak Akan Sebahagia Ini” – Dino Dedah Sebab Utama Perbaharui Kontrak Bersama SEVENTEEN

“Saya Tak Akan Sebahagia Ini” – Dino Dedah Sebab Utama Perbaharui Kontrak Bersama SEVENTEEN

Dino SEVENTEEN dengan bangganya menunjukkan keakraban mereka serta sebab mereka memperbaharui kontrak mereka.

Pada 23 Oktober, ahli SEVENTEEN iaitu Dino dan Min-gyu telah membuat penampilan di satu rancangan YouTube milik pelawak Shin Dong-yup. Semasa di temu bual, Dino telah menunjukkan kesetiaannya kepada SEVENTEEN. Dia juga telah memberitahu tentang masa depannya bersama SEVENTEEN.

Dino berkata,

Sekarang ni saya banyak fikir tentang masa depan saya. SEVENTEEN merupakan kumpulan pertama yang mempebaharui kontrak dengan kesemua 13 ahli, jadi saya banyak terfikir adakah kami masih lagi akan bersama di masa hadapan ataupun adakah kami akan berpecah? Saya juga fikir apa yang saya patut lakukan jika kami berpecah.

Malah, ahli termuda di dalam kumpulan ini juga menyatakan sebab utama kenapa dia memperbaharui kontraknya bersama SEVENTEEN.

dino

Katanya,

Sebab saya memperbaharui kontrak dengan SEVENTEEN ialah kerana saya rasa bahawa jika saya tidak bersama dengan ahli kumpulan ini, saya tak rasa yang saya boleh menikmati atau berasa bahagia seperti sekarang. Jadi saya memang nak bersama dengan SEVENTEEN buat selamanya. Sejujurnya disebabkan oleh ahli-ahli kumpulan ini.

Dalam masa yang sama, Min-gyu juga menyatakan bahawa banyak yang telah dihadapi oleh Dino sebagai ahli termuda di dalam kumpulan itu.

Kata Min-gyu,

Semasa Dino masih muda, dia telah menghadapi banyak kesusahan dan cabaran. Sekarang ni saya rasa macam dah tak percaya yang ahli termuda kami dah dewasa. Saya gembira dan bangga dengannya.

mingyu

Sebelum menamatkan rancangan itu, Shin Dong-yup telah berpesan kepada kedua-dua ahli SEVENTEEN tersebut,

Kalau kamu semua tak bergaduh, kamu tidak akan menjadi rapat begini. Malah kamu juga akan cepat berpecah kalau tak bergaduh. Ini disebabkan dengan bergaduh kamu akan tahu apa yang kamu semua rasakan pada masa itu dan ianya juga dapat membaiki hubungan kamu semua.

Terharunya bila dengar Dino cakap macam tu. Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...