Ikuti Kami:

Pecah Rekod Baru, SEVENTEEN Raih 5.2 Juta Pesanan Dengan Album ‘SEVENTEENTH HEAVEN’

Pecah Rekod Baru, SEVENTEEN Raih 5.2 Juta Pesanan Dengan Album ‘SEVENTEENTH HEAVEN’

SEVENTEEN sekali lagi berjaya mencipta rekod baru dengan album mini mereka walaupun ianya belum lagi dikeluarkan.

Pada 23 Oktober, pengedar album SEVENTEEN iaitu YG PLUS telah mengumumkan bahawa album mini ke-11 kumpulan itu iaitu “SEVENTEENTH HEAVEN” telah mencapai jumlah yang mengagumkan iaitu sebanyak 5,206,718 pra-pesanan.

Ianya sekali gus memecahkan rekod mereka yang terdahulu iaitu sebanyak 4.67 juta pra-pesanan. Malah, kumpulan ini juga telah berjaya mencipta rekod bagi pra-pesanan tertinggi di dalam sejarah K-Pop.

seventeen

Bagi yang tidak mengetahui, bilangan pra-pesanan merupakan jumlah stok album yang dihasilkan sebelum keluaran album. Angka tersebut ialah anggaran permintaan yang dikira menggunakan pelbagai faktor, termasuk bilangan album yang telah ditempah awal oleh peminat.

Sementara itu, album SEVENTEEN iaitu “SEVENTEENTH HEAVEN” yang baru saja memecahkan rekod ini bakal dikeluarkan pada 23 Oktober.

Dah nama pun SEVENTEEN kan! Apa-apa pun tahniah untuk SEVENTEEN dan CARAT atas rekod baharu ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...