Ikuti Kami:

Lebih 10 Juta Salinan Terjual, SEVENTEEN Cipta Rekod Jualan Album Pada 2023

Lebih 10 Juta Salinan Terjual, SEVENTEEN Cipta Rekod Jualan Album Pada 2023

Wow hebatnya!

SEVENTEEN sekali lagi membuktikan populariti mereka apabila mencipta rekod baharu dimana mereka telah berjaya menjual lebih daripada 10 juta salinan album pada tahun 2023. Mengikut carta yang dikeluarkan oleh ‘Circle Chart’ pada 5 Oktober, SEVENTEEN telah menjual sebanyak 11,043,265 buah salinan album dalam tempoh hanya sembilan bulan pada tahun ini.

SEVENTEEN yang terdiri daripada 13 orang ahli telah mengeluarkan album mini kesepuluh mereka pada 24 April yang lalu yang berjudul ‘FML’ dimana album tersebut telah menjual lebih 6.27 juta jualan salinan sekaligus menjadi album K-Pop terlaris dan paling banyak dijual sepanjang zaman pada setakat ini.

Selain itu, album penuh keempat mereka yang dikeluarkan pada tahun lepas iaitu album ‘Face The Sun’ telah berjaya meraih 950,000 jualan salinan dan diikuti juga dengan album single pertama keluaran unit khas SEVENTEEN iaitu BOOSEOKSOON yang terdiri daripada tiga orang ahli mereka, Seung-kwan, Do-kyeom dan Hoshi.

Terlebih dahulu, penjualan album domestik SEVENTEEN telah melebihi 10 juta salinan pada November 2021, hanya selepas 6 tahun dan 6 bulan selepas mereka debut. Namun, saban hari jualan salinan album mereka makin meningkat apabila mereka berjaya menjual lebih daripada 10 juta salinan album hanya dalam masa sembilan bulan dan memperluaskan lagi populariti mereka sebagai kumpulan K-Pop ‘Global’ di persada dunia.

Tidak berhenti di situ, SEVENTEEN juga bakal melakukan kemunculan semula pada 23 Oktober ini dengan album mini kesebelas mereka iaitu ‘SEVENTEENTH HEAVEN’ dimana ianya diinspirasikan daripada perkataan inggeris ‘SEVENTH HEAVEN’ yang bermaksud kebahagiaan yang tidak terhingga.

seventeen street

Tahniah diucapkan kepada SEVENTEEN dan CARAT!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...