Ikuti Kami:

“Saya Tak Akan Jadi Berani Macam Dulu” – Yoo Ahin Kongsi Bagaimana Personaliti Berubah

“Saya Tak Akan Jadi Berani Macam Dulu” – Yoo Ahin Kongsi Bagaimana Personaliti Berubah

Pelakon Yoo Ah-in baru-baru ini berkongsi mengenai siri Netflix terbaru, “Seoul Vibe”. Apa dia kata ye…

Menyertai satu sesi temu bual secara atas talian bersama My Daily, Yoo Ah-in sempat berkongsi pandangannya mengenai siri terbarunya iaitu “Seoul Vibe”.

“Seoul Vibe” yang mula disiarkan secara global menerusi Netflix pada 26 Ogos lalu mula mendapat perhatian ramai apabila Yoo Ah-in tampil sebagai teraju utama. Berkerja di samping Go Kyung-po, Lee Kyu-hung, Park Hoo-hyun dan ramai lagi, dia membawa watak sebagai Park Dong-wook, iaitu sebagai ketua Kumpulan Sangyedong Supreme.

Menerusi sesi temu bual itu, dia berkata,

Saya menghabiskan banyak masa bersama para pelakon “Seoul Vibe” yang lain berbanding pelakon daripada projek saya yang lain. Saya makin rapat dengan mereka. Salah satu sebab saya memilih filem ini adalah kerana saya tertanya-tanya mengenai genre filem dan bagaimana ia akan terhasil.

seoul vibeYoo Ah-in menambah,

Ianya merupakan satu usaha yang perlu saya letakkan dengan membawa harapan dan inspirasi itu melalui watak saya. Kami semua tolak tepi fahaman ‘siapa yang lebih baik daripada siapa’ ataupun meletak batasan sebagai ‘senior dan junior’. “Seoul Vibe” mempunyai vibe yang lain daripada yang lain. Saya berterima kasih kepada teraju yang lain juga kerana mereka semua mampu berkerja keras bersama dan mampu bergurau pada masa yang sama. 

Hampir 20 tahun lamanya sejak Yoo Ah-in membuat debutnya dalam industri, dek kerana itu dia berkata,

Saya rasa saya tidak membawa personaliti “Yoo Ah-in” itu dengan sendirinya. Saya juga tidak meletakkan perbezaan antara personaliti sebagai selebriti atau orang yang terkenal dalam khalayak ramai. Personaliti yang anda nampak sekarang sebenarnya banyak dibentuk melalui media. Jadi, saya rasa saya ingin menjaga personaliti “Yoo Ah-in” ini dengan baik. 

seoul vibeDia menyambung,

Dahulu, saya rasa ianya bagus untuk jadi pelakon yang mampu terus berkembang dan orang akan mampu melihat perubahan saya. Saya akan menganggap ini semua adalah cabaran dan ianya penting untuk saya terus belajar tanpa henti. 

Melihat kepada perubahan dalam personalitinya, dia berkata,

Kawan-kawan rapat ibu saya berkata, “Yoo Ah-in kelihatan semakin senang gelisah, dan dia macam selesa dengan perkara itu. Dia makin hilang personaliti berani.” Sebenarnya, saya agak setuju dengan perkara itu namun saya tahu saya takkan dengan mudahnya kembali menjadi berani. Saya rasa tanggungjawab saya semakin menambah dan saya harap semua orang faham kenapa personaliti saya berubah. 

Rasanya, semua orang akan berubah personalitinya kan…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...