Ikuti Kami:

Ong Seongwu & Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

Ong Seongwu & Esom Teruja Terima Trak Kopi Dari Yoo Ahin Di Set Penggambaran

Ong Seong-wu dan Esom teruja dengan hadiah menarik yang diberi Yoo Ah-in!

Ong Seong-wu baru-baru ini memuat naik di akaun rasmi Instagram satu imej dirinya dan rakan lakonnya Esom dengan trak kopi yang dihantar oleh Yoo Ah-in ke set filem akan datang mereka “Starlight Falls”. Dia memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen,

Yoo Ah-in, awak memang terbaik!

Esom turut berkongsi foto di ‘Instagram Story’ miliknya dengan kapsyen,

Terima kasih juga untuk hari ini.

ong seung wuPada trak itu juga turut terdapat satu mesej daripada Yoo Ah-in,

Bergembiralah, pelakon dan kru “Starlight Falls”! Tolong jaga pelakon Ong Seong-wu, pelakon Esom, dan pengarah Choi Guk-hee dengan baik!

“Starlight Falls”  yang merupakan satu drama di mana watak-wataknya akan berulang-alik antara tahun 1993 dan masa kini serta akan mengikuti kisah kedewasaan seorang pelajar lelaki merupakan lakonan Ong Seong-wu dan dua pelajar perempuan yang berkongsi nama yang sama lakonan oleh Esom dan Shim Eun-kyung, yang pertama kali bertemu sebagai pelajar baru di kolej.

Comel kan? Persahabatan yang rapat dan ikhlas jelas kelihatan. Semoga berjaya dengan penggambaran akan datang buat Ong Seong-wu dan Esom!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...