Ikuti Kami:

“Saya Tahu Saya Kacak…” – Park Bogum Kongsi Pandangan Mengenai Persona Diri

“Saya Tahu Saya Kacak…” – Park Bogum Kongsi Pandangan Mengenai Persona Diri

Kalau dah orang asyik puji, takkan lah Park Bo-gum sendiri tak sedar kan?

Pelakon Park Bo-gum baru-baru ini berkongsi bersama Harper’s Bazaar, dalam satu sesi temu bual, mengenai pandangannya terhadap persona yang dimiliki dan bagaimana dia mengekalkannya.

Menerusi video, “Here Is How To Get Close To Park Bogum”, dia ditanya mengenai persona yang dimiliki. Dengan rasa segan dan ragu-ragu, dia menjawab,

Saya tahu saya tampan. Saya rasa persona saya adalah, mata, hidung dan bibir saya. Kekuatan saya pula, saya rasa saya pandai bergurau senda dan ketawa, saya boleh makan dan tidur dengan baik. Kelemahan saya pula, saya rasa, saya ada terlalu banyak benda yang saya ingin makan. Saya makan banyak.

park bogum

Park Bo-gum juga berkata,

Muka saya akan tampak berbeza setiap hari saya lihat di cermin. Hari ini saya bangun dan melihat wajah saya di cermin, “Oh! Muka saya tidak bengkak hari ini!”. Ini kerana, saya minum segelas susu semalam sebelum saya tidur supaya muka saya tidak kelihatan bengkak hari ini. 

park bogum

Kalau dah handsome tu, macam mana pun handsome juga…

Untuk pengetahuan, tahun depan Park Bo-gum bakal tampil dalam filem “Wonderland”. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...