Park Bo-gum akan bawa haluan sendiri?
Terbaru, satu info melaporkan bahawa kontrak eksklusif Park Bo-gum bersama agensinya, Blossom Entertainment akan tamat pada hujung bulan ini dan kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
Blossom Entertainment juga sempat berkongsi,
Kami membuat keputusan untuk menghormati apa sahaja keputusan Park Bo-gum yang sudah lama bersama kami. Jadi, kami hanya mengharapkan yang terbaik buat pelakon itu dan sama juga sepertinya.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Park Bo-gum kerana memberi kepercayaan kepada kami. Terima kasih juga kepada peminat-peminat Park Bo-gum, kami harap kalian terus menyokongnya kelak.
Baguslah dah capai kata sepakat..
Semoga terus berjaya buat kedua-dua pihak!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.