Sejak berlakon siri Netflix “The Glory”, rata-rata pelakon yang membintanginya berjaya menjadi perhatian umum.

Antara daripada mereka ialah Oh Ji-yul, pelakon cilik yang berlakon sebagai Ha Ye-sol iaitu anak kepada Park Yeon-jin (Im Ji-yeon) dan Ha Do-young (Jung Sung-il).
Malah kanak-kanak yang pernah membintangi “Extraordinary Attorney Woo” itu telah dijemput untuk menjalani sesi penggambaran foto solo untuk majalah ELLE KOREA. Mereka turut menjalani temubual bagi mengenali dengan mendalam pelakon yang sedang meningkat naik itu.
Daripada perbualan tersebut, peminat meluahkan rasa teruja melihatkan personaliti Oh Ji-yul yang mesra dan pandai menjawab soalan. Antara soalan yang ditanya padanya ialah,
Apa yang awak fikirkan apabila memandang cermin?
Jawabnya tersenyum,
Ini adalah rahsia tapi saya seorang narsistik. Saya terfikir yang ‘Saya sangat cantik?’
Kongsi Oh Ji-yul mengenai saat dia kelihatan paling cantik,
Apabila saya bahagia. Saya paling cantik apabila tersenyum gembira.
Comelnya!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉