Ikuti Kami:

“Nak Berhenti Berlakon..” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Im Jiyeon Menangis Imbau Perjalanan Karier

“Nak Berhenti Berlakon..” – Popular Dek ‘The Glory’ Kini, Im Jiyeon Menangis Imbau Perjalanan Karier

Sudah pun lama dalam bidang lakonan, sepertinya Im Ji-yeon menemui sinar baru selepas membintangi “The Glory”.

Membawa watak antagonis yang dibenci ramai iaitu Park Yeon-jin, persembahan lakonan wanita itu di dalam siri Netflix berkenaan nyata membuatkan ramai mengakui kemampuannya untuk melakonkan watak yang berat itu.

Menerusi sebuah temubual rasmi bersama ‘News Room’ di JTBC, Im Ji-yeon turut sempat berkongsi mengenai kariernya. Katanya, dia tetap mengharapkan kejayaan meskipun sering menghadapi rintangan di sepanjang jalan.

Walaupun tak tahu mahu melakukan apa tapi saya tekad untuk tidak berputus asa.

im jiyeon

Bukan itu sahaja, pelakon “Money Heist Korea” tersebut turut berkongsi mengenai sokongan tidak berbelah bagi yang diterima daripada ibu bapanya.

Dalam banyak perkara yang saya katakan, ibu bapa saya mengingati yang saya tidak mahu berhenti berlakon. Kata mereka, ‘Ji-yeon tak pernah cakap nak berhenti berlakon walaupun dia balik ke rumah sambil menangis’.

Mengimbau sokongan tak terhingga kedua orang tuanya, Im Ji-yeon nyata tidak mampu menahan tangisan. Katanya, dia sering menangis apabila mengimbau kembali perjalanan kerjayanya.

Fighting Im Ji-yeon!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...