Ikuti Kami:

“Saya Suka Yang..” – Rowoon Dedah Seluar Dalam Pada Peminat

“Saya Suka Yang..” – Rowoon Dedah Seluar Dalam Pada Peminat

Lain macam perkongsian Rowoon baru-baru ini.

Terbaru pada 7 November, Rowoon telah terlibat dengan video temu bual bersama majalah GQ Korea.

Dalam video itu, lelaki tersebut menunjukkan barangan yang dia akan bawa setiap kali pergi ke luar negara. Sambil mengeluarkan pati rambut, Rowoon berkata,

Rambut saya panjang sekarang dan ia mengambil masa yang lama untuk kering. Apabila saya letih, saya sering tidur tanpa mengeringkannya dan bila saya bangun esoknya, rambut saya jadi kusut. Ini adalah produk yang baik untuk menyembur sekali dua apabila itu berlaku.

Kemudian, dia dengan yakin mengeluarkan seluar dalam Calvin Klein berwarna hitam sambil ketawa,

Siapa yang tidak membawa seluar dalam? Tidak ada orang yang tak akan membawa seluar dalam. Awak perlu membawanya.

Sambung bekas ahli SF9 itu,

Saya juga pernah berkata dalam sebuah rancangan TV bahawa saya sangat suka jenama Calvin Klein. Jadi kalau sebut pasal seluar dalam, saya selalu beli Calvin Klein. Saya suka warna biasa, saya tidak begitu suka warna yang terang. Ok saya akan berhenti di sini.

Bagus betul model Calvin Klein ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...