Setiap manusia mesti mempunyai tempat kesukaan masing-masing, begitu juga dengan ahli GIRL’S DAY ini.
Pada 29 Oktober, Bang Min-ah yang merupakan salah seorang ahli GIRL’S DAY telah muncul sebagai tetamu di dalam rancangan YouTube milik Uhm Jung-hwa.
Ketika ditanya di mana keberadaannya pada masa kini, dia telah mengatakan bahawa dia banyak menghabiskan masanya di rumah.
Katanya,
Sekarang saya banyak duduk di rumah. Ianya sebab masa saya muda, saya terlampau sibuk bekerja dan keluar rumah. Saya juga banyak pergi ke kelab malam sebab saya suka tempat itu.
Berasa terkejut, Uhm Jung-hwa bertanya,
Tapi awak kan ahli kumpulan wanita? boleh ka awak pergi kelab malam?
Bang Min-ah membalas,
Walaupun saya dan rakan-rakan saya tidak minum alkohol, tapi kami sangat menyukai kelab malam. Kami hanya keluar minum coke dan menari di kelab malam. Selalunya, kami akan ke kelab malam dekat Itaewon ataupun mana kelab-kelab yang kecil.
Tambah penyanyi itu,
Tapi setiap kali saya balik kelab, saya mesti akan buat carian internet tentang diri saya sebab saya takut ada yang komen atau mengeluarkan apa-apa dekat sosial media tentang saya pergi kelab malam.
Malah, penyanyi itu mengatakan bahawa dia telah banyak menggunakan tenaganya ketika aktif bergelar penyanyi idola, dan sekarang ingin mengutamakan dirinya dengan melakukan perkara yang disukainya.
Tempat kesukaan korang semua pula dekat mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.