Ikuti Kami:

“Saya Dihalau..” – Yura GIRL’S DAY Dedah Dihalau CEO Sebab Berat Badan

“Saya Dihalau..” – Yura GIRL’S DAY Dedah Dihalau CEO Sebab Berat Badan

Ditendang keluar sebab tak nak turunkan berat badan?

Rupa paras serta tubuh badan yang cantik merupakan antara kriteria untuk menjadi penyanyi K-Pop, malah terdapat segelintir syarikat yang menyuruh pelatih mereka untuk mengamalkan cara yang tidak sihat untuk menurunkan berat badan. Kebanyakan penyanyi juga telah mengaku bahawa diri mereka terpaksa berlaparan selama berhari-hari demi untuk mencapai berat badan yang ditetapkan oleh syarikat mereka.

Bukan sahaja pelatih yang perlu menurunkan berat badan, malah terdapat juga penyanyi yang ditendang keluar dari kumpulan mereka sendiri kerana gagal menurunkan berat badan.

Baru-baru ini, Yura yang merupakan sebahagian dari ahli kumpulan GIRL’S DAY telah membuat penampilan di satu rancangan hiburan iaitu “Knowing Bros” di mana dia telah menceritakan bahawa dirinya pernah ditendang keluar dari kumpulannya sendiri selepas debut.

yura girls day

Yura mendedahkan pada ketika itu dia mempunyai ketinggian 170cm dan beratnya ialah 53kg. Walaupun ramai mengatakan bahawa dirinya sudah kurus pada masa itu, CEO syarikat mereka merasakan sebaliknya.

Yura berkata,

CEO kami telah mencatat berat saya dan dia telah menyuruh saya untuk menurunkan berat badan sehingga 51kg.

Disebabkan jumlah berat yang perlu diturunkan itu agak besar, Yura cuba untuk berunding dengan CEO mereka. Namun, dia telah dihalau pulang ke kampung halamannya.

yura girls day

Katanya,

Walapun saya segan, tapi saya cuba bertanya dekat CEO kami, bolehkah saya turun sehingga 52kg sahaja? CEO kami tidak pernah marah sebelum ini tetapi masa itu dia terus marah saya. Dia suruh saya balik ke Ulsan dan jangan kembali sehingga saya tidak capai berat 51kg. Saya pulang sambil nangis sebab saya telah ditendang keluar.

Lebih mengejutkan, Yura ditendang keluar selepas melakukan debut. Di mana pada ketika itu mereka sedang mempromosikan lagu “Twinkle Twinkle”. Tidak mahu berputus asa, ahli GIRL’S DAY itu telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 51kg hanya dalam masa lima hari sahaja dengan hanya memakan sayur-sayuran hijau.

Tambah ahli GIRL’S DAY itu,

Saya hanya makan sayur-sayuran hijau selama lima hari dan selepas lima hari saya balik semula ke Seoul dan masuk GIRL’S DAY semula.

Susah juga kan nak jadi penyanyi K-Pop ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...