Ikuti Kami:

“Saya Suka Orang Yang..” – Nama Mula Dengan Huruf ‘JDY’, Son Sukku Kongsi Ciri Wanita Idaman

“Saya Suka Orang Yang..” – Nama Mula Dengan Huruf ‘JDY’, Son Sukku Kongsi Ciri Wanita Idaman

Semakin popular kini, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang apakah ciri wanita idaman Son Suk-ku.

Terbaru, video trailer untuk rancangan “Alumni Journey” telah dikeluarkan, menampilkan pelakon Son Suk-ku sebagai tetamu.

Khususnya dalam episod tersebut, Son Suk-ku berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya buat kali pertama. Jelasnya,

Saya suka orang yang menyeronokkan dan mempunyai personaliti yang cerah.

son sukku jeon doyeon

Kemudian, pelakon “My Liberation Notes” itu turut mendedahkan bahawa ‘JDY’ adalah wanita yang sepadan dengan pasangan idamannya dan juga merupakan seorang pelakon yang sedang aktif berlakon kini. Dengan ini, ramai yang tertanya-tanya tentang siapakah yang dimaksudkan Son Suk-ku.

Dalam pada itu, ada juga yang meneka bahawa ‘JDY’ adalah Jeon Do-yeon, memandangkan dia sedang aktif dalam industri hiburan dengan projek seperti “Crash Course in Romance” dan “Kill Boksoon”.

Senang sangat lah nak teka!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...