Selepas drama “Be Melodramatic”, Son Suk-ku dan Jeon Yeo-been sekali lagi bekerjasama untuk projek baru.
Terbaru, majalah Marie Claire Korea telah mengeluarkan video di sebalik tabir penggambaran Son Su-ku dan Jeon Yeo-been untuk produk Armani Beauty.
Khususnya untuk penggambaran itu, kedua-kedua pelakon tersebut harus membawa konsep seperti pasangan kekasih, menunjukkan keserasian mereka.
Ketika sesi temu bual, mereka turut berkongsi perasaan bertemu kembali selepas “Be Melodramatic” tamat 4 tahun lalu. Jelas Jeon Yeo-been,
Pada waktu itu, dia adalah ‘Pengarah Ya’ (watak dalam ‘Be Melodramatic’). Kini, dia lebih seperti Encik Ku (watak dalam ‘My Liberation Notes’). Jadi saya juga suka versi Son Suk-ku yang ini.
Selepas melihat video itu, ramai netizen berharap agak Son Suk-ku dan Jeon Yeo-been akan terajui drama romantik bersama-sama pada masa hadapan, memandangkan mereka mempunyai keserasian yang mantap.
Antara komen yang ditulis,
Keserasian mereka memang lain macam!
Son Suk-ku dan Jeon Yeo-been nampak sangat serasi. Saya menantikan projek lakonan mereka bersama.
Saya tersenyum je tengok video ni. Jangan sia-siakan ‘chemistry’ Son Suk-ku dan Jeon Yeo-been. Penerbit, sila ambil mereka berlakon.
Fuhh, sayang betul ni kalau dorang tak berlakon bersama!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉