Ikuti Kami:

“Saya Suka Lakonannya” – Baek Jiyoung Mahu Nyanyi OST Drama Lakonan Kim Taeri

“Saya Suka Lakonannya” – Baek Jiyoung Mahu Nyanyi OST Drama Lakonan Kim Taeri

Baek Ji-young sememangnya artis yang serba boleh tidak kiralah dari segi lakonan mahupun nyanyian.

Baru-baru ini, Baek Ji-young membuat penampilan sebagai tetamu dalam rancangan hiburan KBS 2TV, “Problem Child in House” pada siaran 24 Ogos. kim jongkookMenerusi sesi temu bual Baek Ji-young, berbual di samping Kim Jong-kook, Kim Yong-man
Song Eun-i, Kim Sook, Jung Hyung-don dan Min Kyung-hoon. Baek Ji-young sempat berkongsi bahawa dia amat menitikberatkan mengenai setiap OST yang akan dinyanyikan.

Dia berkata, perkara pertama yang diutamakan adalah pelakon wanita dalam drama tersebut. Dia menjelaskan,

Jika saya tak dapat ‘feel’ daripada pelakon tersebut sedangkan saya perlu menyanyikan OST tersebut untuknya, jadi ianya tiada guna. 

baek jiyoungBaek Ji-young kemudian memberitahu mereka siapakah pelakon kegemarannya. Dia berkata,

Ada sebab kenapa saya menyanyikan lagu “That Woman” iaitu lagu OST “Secret Garden”. Pastinya, sinopsis drama tersebut adalah sangat menarik, tapi disebabkan saya menyanyikan lagu “Hwangjini”, saya jadi sangat sukakan Ha Ji-won. Jadi, apabila saya mengetahui teraju utama “Secret Garden” adalah Ha Ji-won, saya terus bersetuju. 

Mereka pula bertanya kepada Baek Ji-young sama ada dia pernah menolak untuk menyanyikan mana-mana OST. Dia berkata,

Apabila dua tawaran datang serentak, saya perlu tolak salah satu. Jadi, dalam perkara sebegini, saya perlu membuat keputusan atas pertimbangan yang wajar sebagai contoh tarikh album itu dikeluarkan, bukannya saya sukakan pelakon itu atau tidak.

kim taeriMenjurus kepada itu, mereka bertanya jika ada sesiapa pelakon yang dia ingin berkerjasama. Baek Ji-young menjawab,

Kim Tae-ri. Saya agak risau kerana dia agak muda tetapi saya suka melihat lakonannya dalam “The Handmaiden” dan saya juga menyanyikan lagu OST untuknya iaitu, “Mr.Sunshine”.

Penyanyi hebat pun puji lakonan Kim Tae-ri…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...