Ikuti Kami:

“Saya Suka Gadis Malaysia” – Konsert SUPER JUNIOR Di Kuala Lumpur Dihadiri 10,000 Peminat

“Saya Suka Gadis Malaysia” – Konsert SUPER JUNIOR Di Kuala Lumpur Dihadiri 10,000 Peminat

Ada tak yang pergi konsert SUPER JUNIOR semalam?

Umum pasti mengetahui bahawa SUPER JUNIOR telah mengadakan konsert jelajah dunia mereka ‘SUPER SHOW 9 : ROAD’ di Kuala Lumpur pada 10 Oktober semalam.

Nampaknya, ramai yang menantikan kehadiran kumpulan itu di Malaysia, apabila lebih 10,000 peminat telah memenuhi tempat di konsert berkenaan.

Membuka pentas dengan lagu “Burn the Floor”, lapan ahli SUPER JUNIOR Si-won, Dong-hae, Eun-hyuk, Ye-sung, Lee-teuk, Ryeo-wook, Shin-dong dan Kyu-hyun, tampil dengan penuh bertenaga membuat persembahan untuk peminat dalam konsert berdurasi hampir tiga jam itu. Meriah betul!

Bukan itu sahaja, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut ulang tahun Dong-hae pada 15 Oktober nanti, dengan menyanyikan lagu hari jadi. Idola itu meluahkan rasa syukurnya,

Terima kasih untuk lagu hari jadi dan selamat hari lahir kepada semua yang ulang tahunnya jatuh pada bulan Oktober. Saya akan kembali!

Pada penghujung konsert, ahli termuda SUPER JUNIOR iaitu Kyu-hyun turut berjanji akan kembali berjumpa peminat di Malaysia. Katanya,

Kami sama-sama tua bersama kamu. Saya berjanji akan kembali lain kali! Janji!

 Mesti seronok kan ELF Malaysia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...