Ikuti Kami:

“Saya Suka Ending Itu Kerana Ia Realistik” – Lee Joomyung Ulas Kesudahan ‘Twenty Five, Twenty One’

“Saya Suka Ending Itu Kerana Ia Realistik” – Lee Joomyung Ulas Kesudahan ‘Twenty Five, Twenty One’

Ada ke yang masih teringat kesudahan “Twenty Five, Twenty One” yang tidak dijangka itu?

Mengharapkan penamat yang bahagia buat Na Hee-do (Kim Tae-ri) dan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) namun rata-rata penonton kecewa apabila cinta mereka hanya tinggal kenangan sahaja dan keduanya sudah pun membawa haluan masing-masing.

Terbaru, Lee Joo-myung yang membawa watak Ji Seung-wan telah berkongsi pendapatnya mengenai kesudahan itu menerusi sebuah temubual.

lee joomyung

Katanya,

Pendapat penonton berbelah bagi. Semasa menerima skrip, saya sukakan kesudahan itu kerana ianya realistik. Saya berasa sangat kagum dengan babak perbualan antara Hee-do dan Yi-jin dalam episod 16. Tapi saya lagi sukakannya kerana ia nampak real. Benar, ramai yang beranggapan bahawa adalah lebih baik sekiranya ia tamat dengan kesudahan bahagia atau pun yang lain. Saya merasakan penulis membiarkan pintu terbuka untuk ending ini. Mengambil kira bahawa drama ini mengenai kisah cinta anak muda dan kesegaran kerana ia adalah naskhah menempuh alam dewasa, bukannya kerana mahu mengejar kesudahan sedemikian.

Tambahnya lagi,

Saya banyak menangis dalam realitinya. Saya juga banyak bertanya dengan pelakon lain. Saya turut menangis apabila membaca sekali imbas skrip ketika penggambaran dan mereka bertanya, ‘Awak menangis ke?’. Saya seorang yang realistik, jadi saya terfikir, ‘Pernah tak saya lalui pengalaman sebegini?’. Saya merasakan bahawa kisah ini realiatik. Pada saya, ia adalah ending yang baik.

tvn twenty five twenty one

Ada benar juga kata Lee Joo-myung, betul tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...