Tak sangka Kim Jong-kook mempunyai ibu yang sangat menyokong dirinya.
Baru-baru ini, ibu kepada Kim Jong-kook telah kembali dalam program “My Little Old Boy” selepas dirinya sudah lama tidak muncul kerana sakit.
Ketika awal siaran, Shin Dong-yup telah menyapa ibu Kim Jong-kook,
Selamat datang. Saya sangat gembira untuk mengalu-alukan anda kembali. Tolong beri tepukan untuk ibu Kim Jong-kook.
Ibu Kim Jong-Kook berkata,
Terima kasih kerana risaukan saya. Saya sihat sekarang.
Sementara itu, salah seorang panel iaitu Seo Jang-hoon turut bertanyakan soalan,
Saya dengar awak menonton ‘My Little Old Boy’ setiap minggu. Adakah awak berasa menyesal semasa menonton rancangan itu tanpa penampilan awak?
Ibu Kim Jong-kook menjawab,
Ada satu perkara yang saya kesalkan tetapi saya tidak pasti sama ada saya perlu bercakap mengenainya. Adakah saya perlu mendedahkan nama istimewa itu?
Tambahnya lagi,
Heo Kyung-hwan dan anak saya (Kim Jong-kook) ada masuk dalam pertandingan. Kemudian, saya tertanya-tanya bagaimana jika anak saya kalah kerana dia terlalu gemuruh. Heo Kyung-hwan bersaing sangat serius. Jika saya duduk di sana, saya akan memuji anak saya.
Wah, semangat yang diberikan oleh ibu Kim Jong-kook sangatlah bermakna.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉