Ikuti Kami:

“Ingat Awak Muda Lagi Ke?” – Kim Jongkook ‘Serang’ Song Jihyo

“Ingat Awak Muda Lagi Ke?” – Kim Jongkook ‘Serang’ Song Jihyo

Kalau dah nama pun “Running Man”, mesti ada pertelingkahan tak masuk akal yang akan berlaku pada saban episod.

Terbaru, kesemua ahli telah berbual mengenai pelbagai perkara menerusi episod khas rekreasi musim sejuk di Gangwon-do.

Untuk slot ‘tidur petang’, mereka mula berbincang mengenai pembahagian umur antara ahli apabila Haha mencadangkan dia menyertai makan malam bersama Jeon So-min dan Yang Se-chan.

Celah Song Ji-hyo hingga membawa tawa buat semua ahli,

Kenapa nak bawa Haha? Hanya yang muda sahaja patut berkumpul.

song jihyo kim jongkook

Sambung Jeon So-min,

Song Ji-hyo adalah penutup untuk kumpulan muda.

Usik Kim Jong-kook sambil menunding jari pada Song Ji-hyo,

Dia muda? Dia dalam kumpulan yang muda?

song jihyo kim jongkook

Nafi Yoo Jae-suk bagi mendiamkan semua,

Saya malas nak cakap tapi kita semua dah macam ‘Burning Youth’ (program selebriti 40-an ke atas melancong dan berkawan).

Yang penting jiwa muda!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...