Ikuti Kami:

“Awak Tak Hubungi Orang Pun” – Kesal Tidak Diajak Keluar, Kim Jongkook Pujuk Song Jihyo

“Awak Tak Hubungi Orang Pun” – Kesal Tidak Diajak Keluar, Kim Jongkook Pujuk Song Jihyo

“Running Man” adalah lebih menyeronokkan apabila mereka berbual antara satu sama lain dan berkongsi mengenai kisah sendiri, setuju tak?

Menerusi tayangan pada 12 Februari, program berkenaan telah menganjurkan episod di mana kesemua ahli menjalani rekreasi musim sejuk di Gangwon-do. Dalam salah satu slot, mereka dibahagikan kepada kumpulan ‘senior’ iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin yang perlu memberikan nasihat buat kumpulan ‘junior’, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Song Ji-hyo.

Antara salah satu kerisauan diluahkan Yang Se-chan ialah mengenai Haha yang banyak meluangkan masa bersama rakan dari program lain seperti Lee Mi-joo, Lee Yi-kyung dan Park Jin-joo.

song jihyo kim jongkook

Situasi berubah apabila Song Ji-hyo memarahi Yang Se-chan kerana tak pernah menghubunginya memandangkan wanita itu tidak menggunakan aplikasi perbualan iaitu ‘KakaoTalk’.

Selit Kim Jong-kook pula,

Song Ji-hyo, awak juga tak hubungi sesiapa.

Marah pelakon wanita itu,

Hey, awak tak boleh kata begitu pada saya. Saya selalu hubungi awak.

sbs running man

Respon lelaki berbadan sasa itu lagi,

Betul.. tapi awak kena tahu, Yang Se-chan juga tak hubungi mereka satu persatu.

Celah Ji Suk-jin,

Bila awak berdua (Song Ji-hyo dan Yoo Jae-suk) nak buka akaun KakaoTalk’?

Jelas keduanya, mereka berasa terbeban dan kurang gemar apabila ramai yang berkongsi perkara tidak penting di dalam aplikasi itu.

Ada je benda nak ‘digaduhkan’.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...