Mengecap populariti sekelip mata dek “Single’s Inferno”, FreeZia ataupun Song Ji-ah jatuh terduduk apabila terpalit kontroversi menggunakan barangan berjenama palsu.
Personaliti media sosial yang sering menayangkan pelbagai barangan berjenama dan berbangga kerana memiliki edisi terhad mengakui kesalahan sendiri apabila terbongkar membeli barangan palsu sahaja.
Wanita itu kemudiannya memohon maaf dan menjauhkan diri daripada perhatian ramai selain turut memadam kesemua entri di Instagram.
Terbaru, FreeZia dilihat memulakan langkah baru dengan memuat naik entri pertama selepas 3 bulan mengenai keadaannya kini.
View this post on Instagram
Tulisnya di kapsyen,
Terima kasih atas kerisauan dan sokongan awak. Saya sihat sahaja. Adakah kalian baik-baik sahaja?
Melihatkan entri itu, ramai menduga bahawa FreeZia bakal kembali aktif dalam dunia seni tak lama lagi.
Semoga FreeZia baik-baik sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.