Ikuti Kami:

4 Bulan Hilang Lepas Kontroversi Guna Barang Berjenama ‘Fake’, Ini Keadaan FreeZia Kini

4 Bulan Hilang Lepas Kontroversi Guna Barang Berjenama ‘Fake’, Ini Keadaan FreeZia Kini

Pastinya ramai tertanya-tanya keadaan Song Ji-ah atau FreeZia kini selepas terpalit dengan kontroversi menggunakan barangan palsu kan?

Selepas berbulan mendiamkan diri, personaliti media sosial itu dilihat muncul di dalam satu entri Rumah Katolik Cinta & Keamanan.

freezia

Kata mereka,

Ji-ah dan Ye-won akan datang sebulan sekali dan bekerja keras di dapur. Mereka turut menyertai penghantaran makanan bekal tengah hari di Perkampungan Jjokbang. Kami berharap mereka akan terus menyebarkan pengaruh positif pada masa hadapan juga.

Song Ji-ah dan Kang Ye-won dilihat turut sama memberikan bekalan makanan ini untuk penduduk dan gelandangan di kawasan kejiranan itu. Dalam foto yang dikongsi, peserta “Single’s Inferno” itu selesa mengenakan apron, topi dan pelitup muka.

freezia

Terdahulu, kepopularitian FreeZia selepas menyertai program mencari cinta di Netflix tersebut jatuh merudum apabila wanita itu ditangkap menggunakan pelbagai barangan palsu dan menipu bahawa ianya adalah tulen sahaja. Disebabkan peminat berasa tertipu, personaliti media sosial itu memohon maaf dan mengakui kesilapannya selain turut menjauhkan diri daripada perhatian umum buat masa ini.

FreeZia nampak baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...