Ikuti Kami:

“Saya Sibuk Jaga..” – Kang Haneul Dedah Sebab Enggan Bercinta Dengan Selebriti

“Saya Sibuk Jaga..” – Kang Haneul Dedah Sebab Enggan Bercinta Dengan Selebriti

Sudah pun berusia 33 tahun, agak-agaknya siapakah wanita yang dapat merebut hati Kang Ha-neul?

Baru-baru ini, Kang Ha-neul telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filemnya “30 Days” pada 3 Oktober nanti.

Sesuai dengan genre filem tersebut, Kang Ha-neul ada ditanya tentang rancangan perkahwinannya. Jawab pelakon itu,

Ibu bapa saya belum memberitahu saya untuk berkahwin lagi. Bukannya saya mahu melakukan lebih banyak kerja tetapi seseorang pernah berkata bahawa semasa awak hidup, awak akan berfikir seperti ‘saya patut berkahwin’. Tapi, saya tidak pernah berfikir sebegitu lagi.

kang haneul

Sebelum ini, pelakon lelaki itu telah menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk bercinta dengan selebriti. Mengenai ini, Kang Ha-neul memberitahu,

Itu sudah lama dahulu. Ia menjadi satu pengisytiharan bahawa saya tidak akan bercinta dengan seorang selebriti. Saya sudah terlalu sibuk menjaga diri sendiri dan jika kekasih saya berada dalam bidang kerja yang sama, lebih banyak lagi yang perlu dibimbangkan.

Semoga ada jodoh yang baik buat Kang Ha-neul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...