Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat keserasian mantap Kang Ha-neul bersama Jung So-min dalam filem “30 Days”!
Baru-baru ini, Kang Ha-neul dan Jung So-min telah terlibat dalam sesi temu bual menerusi program KBS2 “I Love Movie”, di mana mereka menjawab beberapa soalan mengenai filem “30 Days”.
Untuk pengetahuan, “30 Days” mengikuti pasangan yang pernah menjalinkan cinta yang hangat, tetapi kini di ambang perceraian selepas pergaduhan yang berlaku.
Ketika sesi temu bual, Kang Ha-neul berkongsi bahawa dia bertemu dengan Jung So-min sekali lagi selepas 8 tahun, sejak bekerjasama dalam filem “Twenty”. Mengejutkan ramai, lelaki itu berkata,
Kami pernah berjumpa dan bercinta pada masa tu, kan?
#KangHaNeul: We’ve met and dated back then, right?#JungSoMin: (⊙⊙)(☉_☉)(⊙⊙)?? #KangHaNeul: I meant We played a couple in the
movie #Twenty.pic.twitter.com/dmYa2SW5XB— Kdrama Updates (@kdramaupdates9) September 9, 2023
Selepas melihat reaksi terkejut pengacara dan Jung So-min sendiri, Kang Ha-neul terus membetulkan kembali kenyataannya dan menjelaskan,
Tidak, tidak, saya maksudkan kami bercinta dalam filem ‘Twenty’.
Sementara itu, “30 Days” akan mula ditayangkan pada 3 Oktober ini di pawagam.
Buat terkejut je tau Kang Ha-neul ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.