Ikuti Kami:

“Saya Sering Nangis…” – Jadual Padat, Key SHINee Dedah Sudah Terlalu Penat

“Saya Sering Nangis…” – Jadual Padat, Key SHINee Dedah Sudah Terlalu Penat

Kenapa Key menangis ni?

Pada 6 Oktober, Key telah membuat penampilan khas di dalam satu rancangan bicara di YouTube iaitu “Jo Hyun-ah’s Thursday Night” dimana mereka membicarakan tentang kerjaya serta mempromosikan diri mereka sebagai artis.

Ketika berada di dalam rancangan itu, Jo Hyun-ah telah bertanyakan soalan kepada Key,

Awak merupakan seorang yang peka dan teliti bukan? Awak juga seorang yang berpikiran jauh serta seseorang yang pandai menghasilkan sesuatu perkara serta mendapat perhatian umum..Jadi adakah anda mempunyai ‘Key Line’?

Key menjawab,

Belum. Saya tidak pernah menghasilkan sebarang ‘baris’ namun, idola-idola yang mendapat perhatian umum kebanyakannya mempunyai personaliti yang sama seperti saya.

Key juga mengatakan bahawa antara selebriti yang mempunyai personaliti yang sama seperti dia ialah Seung-hee. Apabila Jo Hyun-ah mendengar nama Seung-hee, dia berkata,

Seung-hee telah melalui masa yang sukar semasa dia datang ke rancangan ini. Pada ketika itu dia sedang melalui fasa ‘burnout’. Adakah awak pernah melalui fasa seperti itu?

key

Key membalas,

Fasa itu adalah masa dimana awak perlu berehat. Saya juga sedang melaluinya sekarang…bukannya saya mahu berehat , tetapi bila sedang kerja awak juga perlu ada waktu untuk berehat. Namun, setiap syarikat mempunyai jadual tahunan masing-masing.

Sambung lelaki itu,

Jadi mengikut jadual itu, jika saya ingin melambatkan album mini solo saya yang ke-2 ianya akan dikeluarkan pada tahun depan. Walaupun keputusan ada di tangan saya, sebagai manusia dan Kim Ki-bum, saya boleh mengeluarkannya pada tahun depan. Namun, bagaimana saya nak tunggu sampai tahun depan? Jadi saya mengeluarkannya tahun ini. Tapi, saya memang perlu mengambil masa untuk berehat.

key

Key juga turut berkongsi kebimbangannya dan menjelaskan,

Saya terlampau sibuk sehingga satu tahap saya jadi takut jika saya tidak dapat kembali ke kehidupan seharian saya selapas ini. Di pertengahan tahun, saya tidak pernah melalui perkara seperti ini…

Adu ahli SHINee itu lagi,

Ketika melakukan penggambaran, saya telah memberitahu kepada pengurus saya yang saya sudah tidak dapat meneruskannya..Saya masuk ke dalam lif dan mula menangis. Saya menangis dengan sangat kuat walaupun tiada apa-apa yang sedih berlaku kepada diri saya.

Dia menyambung,

Saya tidak menyalahkan sesiapa ataupun sesuatu..Namun, saya rasa bahawa saya telah menolak diri saya sehingga sampai ke satu limit yang saya tidak dapat teruskan. Selepas itu saya pulang ke rumah dalam keadaan sedang menangis. Tetapi, saya telah baik pada keesokan harinya.

Dalam masa yang sama, Key juga berkata bahawa dia sudah penat dengan jadual hariannya yang sangat sibuk namun, dia juga takut jika dia tidak dapat membiasakan dirinya jika dia kurang sibuk.

Kesian dekat Key kan? Tak apa Shawol akan sentiasa sokong keputusan Key!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...